PERKHIDMATAN LUAR 

·    Mengumpul dan mengenal pasti maklumat asas mengenai masalah kanak-kanak untuk perkhidmatan selanjutnya.

·    Menyiasat dan menyediakan laporan mengenai kanak-kanak yang :-

1.  Memerlukan bantuan kewangan.

2.  Memerlukan jagaan dan perlindungan dan untuk mendapatkan perintah Mahkamah.

·    Menguruskan kemasukan ke Institusi.

·    Menyediakan bantuan dalam bentuk kewangan dan lain-lain perkhidmatan kepada kanak-kanak, orang tua, orang papa, orang cacat, juvana dan wanita gadis, keluarga dan pesakit melarat.

·    Menyelia kes kanak-kanak, orang tua, orang papa, orang cacat, juvana dan wanita gadis dan keluarga yang diberi bantuan dan yang keluar dari institusi

·    Menjalankan kerja-kerja kes, kaunseling bagi memulihkan kanak-kanak, orang tua, orang papa, orang cacat, juvana dan wanita / gadis kearah berdikari supaya berfungsi semula dalam masyarakat.

·    Perkhidmatan rawatan, jagaan dan pemulihan bagi orang-orang yang cacat anggota, penglihatan, pendengaran dan cacat akal menerusi urusan pendaftaran, rujukan pelbagai rancangan latihan, kaunseling, bantuan kewangan dan penempatan kerja.

·    Perkhidmatan pencegahan dan pemulihan akhlak bagi pesalah juvana, pesalah dewasa serta wanita dan gadis yang menjadi mangsa pelacuran atau terdedah kepada bahaya moral.

·    Melaksanakan pelbagai program latihan untuk pekerja sosial/kebajikan dalam perkhidmatan awam dan badan-badan sukarela agar mereka dapat menyampaikan perkhidmatan dengan berkesan.

·    Memberi khidmat sokongan kepada jabatan-jabatan Kerajaan yang berunsurkan kebajikan bagi golongan tertentu seperti pesara, anggota tentera, pesakit hospital, bantuan dan sebagainya.

·    Menggerakkan kesedaran masyarakat ke arah mengamalkan budaya ikram.

·    Perkhidmatan Luar juga meliputi beberapa program dalam komuniti seperti berikut

1.      Pusat Aktiviti Kanak-Kanak

2.      Rumah Orang Tua Tidak Berwaris

3.      Pusat Khidmat Sosial Setempat

4.      Pemulihan Dalam Komuniti

5.      Rumah Perlindungan Sosial