RUMAH SERI KENANGAN
BEDONG

PERKHIDMATAN WARGATUA

Jabatan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan wargatua yang kurang bernasib baik dengan memberikan bantuan kewangan kepada mereka yang tinggal bersendirian atau bersama keluarga. Penjagaan di Institusi Kebajikan juga disediakan bagi mereka yang memerlukan agar mereka dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dan sempurna.

 

(PERKHIDMATAN LUAR)

Syarat-syarat untuk dipertimbangkan bantuan : -

Jenis-jenis bantuan yang disediakan ialah :-

Dasar Warga Tua Negara

Hari Warga Tua Kebangsaan

Tahun Antarabangsa Bagi Warga Tua

 

PERKHIDMATAN INSTITUSI

Perlindungan di Rumah Seri Kenangan diberikan untuk menjamin penjagaan dan ketenteraman bagi memenuhi keperluan wargatua yang daif.

Kelayakan permohonan masuk :-

daif dan berumur lebih dari 60 tahun
tidak mengidap penyakit yang berjangkit
tidak mempunyai sanak saudara atau penjaga
tiada tempat tinggal yang tetap, dan
berupaya menjaga diri sendiri

Pelbagai perkhidmatan dan kemudahan disediakan seperti :-

penjagaan dan perlindungan
kaunseling dan bimbingan
carapulih kerja
kemudahan beribadat
riadah
rawatan perubatan

Sumbangan Masyarakat :

Ahli-ahli masyarakat adalah digalakkan untuk melawat dan memberikan sumbangan kepada penghuni-penghuni di Rumah Seri Kenangan bagi mempastikan perhubungan sosial antara penghuni dan masyarakat luar terus terjalin.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Yang Berdekatan