AKTA KEGANASAN RUMAHTANGGA 1994(AKTA 521)

1.Tujuan Akta

1.1. Akta ini meruakan suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan     undang-undang dalam situasi keganasan rumahtangga dan perkara-perkara yang  bersampingan dengannya.

 

2.Falsafah Akta

2.1.Akta Keganasan Rumahtangga 1994 telah dikuatkuasakan di seluruh Malaysia pada 1Jun  1996.Jenayah keganasan yang dilakukan dalam rumahtangga kian meningkat dan kini merupakan masalah sosial.Isu sosial ini boleh menbawa kepada keruntuhan masyarakat sekiranya tidak di bendung.Akta Keganasan Rumahtangga 1994 adalah satu undang-undang yangmenberi perhatian yang khusus dalam hal-hal keganasan rumahtangga dengan memperuntukan beberapa remedi bagi kes-kes sedemikian.

2.2.Walaupun Kanun Keseksaan tidak menbeza di antara keganasan jenayah yang dilakuan terhadap orang asing yang dilakukan terhadap anggota keluarga ,tetapi dari segi penguatkuasaannya apabila mangsa itu adalah terdiri dari anggota kelurga yang bukan orang asing ,menjadikan agak sukar  kerana tidak terdapat perlindungan tanbahan atau khusus bagi mangsa yang mana anggota keluarga adalah juga penyerang(pesalah itu).

2.3.Terdapat salah tanggapan dalam masyarakat bahawa keganasan dalam rumahtangga hanyalah masalah keluarga  dan bukan kesalahan jenayah.Yang menimbulkan kesulitan adalah dari segi prosedur dan penguatkuasaan.Akta Keganasan Rumahtangga ini menberi kesedaran kepada masyarakat umun bahawa jenayah keganasan dalam rumahtangga adalah tidak kurang seriusnya daripada jenayah keganasan  terhadap orang asing.

3.Ciri-ciri Utama

3.1.  Dalam Akta ini mereka yang berikut boleh menbuat aduan jika sesuatu keganasan rumahtangga sedang berlaku kepada Pegawai Kebajikan Masyarakat atau Pegawai Polis yang juga bertindak sebagai Pegawai Penguatkuasa:-)

(a) Suami/Isteri;

(b) Bekas suami/isteri ;

(c) Anak Lelaki atau Anak Perempuan;

(d) Ibu atau Bapa,Abang,Kakak,Adik;atau

(e)  Mana-mana saudara lain yang pada pendapat Mahkamah adalah seorang anggota keluarga itu.

3.2."Keganasan Rumahtangga" ditakrif seperti perlakuan mana-mana perbuatan berikut:-)

(a)Secara bersengaja atau dengan di sedari ,meletakkan mangsa itu dalam keadaan ketakutan  kecederaan fizikal;

(b)Menyebabkan kecederaan fizikal  kepada mangsa itu dengan  sesuatu  perbuatan sepatutnya  diketahui akan mengakibatkan kecederaan fizikal;

(c)Memaksa mangsa itu dengan paksaan atau ancaman untuk melakukan apa-apa kelakuan atau perbuatan,berbentuk seksual ataupun selainya,yang mangsa itu berhak tudak melakukam;

(d)Mengurung  atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa itu atau;

(e)Melakukan khianat  atau kemusnahan atau kerosakan pada harta dengan niat menyebabkan,ataudengan disedari bahawa ia berkemungkinan menyebabkan kepada mangsa itu.

3.3. Akta ini juga menperuntukan proses Perintah Perlindungan untuk melindungi mangsa dari pesalah.Terdapat 2 jenis Perintah Perlingdungan di bawah Akta ini:-)

(a) Perintah Perlindungan Interim(IPO)Interim Protections Order

(b) Perintah Perlindungan

3.4. Akta ini juga  meliputi aspek-aspek perlindungan ,pampasan dan kaunseling.

3.5. Hukuman denda RM 2,000.00 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan kepada mereka yang melanggar/tidak mematuhi Perintah Perlingdungan.

3.6. Pelanggaran Perintah Perlindungan yang melibatkan keganasan ke atas orang yang dilingdungi akan denda tidak kurang RM 4,000,00 atau 12 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

4.Tugas-tugas dan Tanggungjawab Pegawai Kebajikan Masyarakat  di bawah Akta ini:

4.1. Pegawai Kebajikan Masyarakat yang bertindak sebagai Pegawai Penguatkuasa di bawah Akta ini perlu menjalankan tugas-tugas seperti berikut:-)

(a) menbantu mangsa keganasan rumahtangga menfailkan aduan berkenaan dengan keganasan rumahtangga itu;

(b)mengadakan atau mengatur pengangkutan bagi mangsa itu ke  kediaman alternatif atau tempat tempat berlindung sekiranya perlu;

(c)mengadakan atau mengaturkan pengangkutan bagi mangsa itu ke hospital atau tempat kemudahan  perubatan yang terdekat bagi rawatan itu jika di perlukan;

(d)menjelaskan kepada mangsa hak mendapat perlindungan;

(e)meneman mangsa ke kediaman mangsa itu atau kediaman sebelumnya untuk mengambil  barang-barang kepunyaannya.

4.2. Menganggotai Badan Pedamai dan mengadakan sesi kaunseling dengan mangsa dan anggota keluarga yang terlibat.

4.3. Menbantu pihak Mahkamah sebelum sesuatu  perintah dikeluarkan.