PERKHIDMATAN WARGATUA 

Bantuan Orang Tua:

·         Semua permohonan akan siap disiasat dalam tempoh 2 minggu.

·         Keputusan akan dimaklumkan dalam tempoh 1 bulan dari tarikh permohonan diterima.

Kemasukan Ke Institusi Kebajikan:

·         Semua permohonan akan siap disiasat dalam tempoh 1 bulan.

·         Keputusan permohonan akan dimaklumkan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh permohonan diterima.(Kemasukan ke Institusi adalah tertakluk kepada kelayakan dan kekosongan).

·         Kemasukan ke Institusi Kebajikan bagi permohonan yang layak adalah tertakluk kepada kekosongan tempat di rumah kebajikan.

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

·         Semua permohonan Khidmat Kaunseling akan diberi layanan mesra berasaskan Kerja Ikhtisas.

·         Semua maklumat yang diberi di dalam Sessi Kaunseling akan dirahsiakan.

·         Pelanggan dibimbing dan dibantu untuk mencari jalan penyelesaian.

Bantuan Kewangan

·         Semua permohonan akan siap disiasat dalam tempoh 2 minggu.

·         Keputusan akan dimaklumkan dalam tempoh 1 bulan dari tarikh permohonan diterima.

Hari-hari Penghargaan Sedunia Bagi Kumpulan Sasar JKMM Yang Diistiharkan oleh PBB

Hari Kanak-Kanak - Oktober
Hari Wargatua - 1 Oktober
Hari Orang Cacat - 3 Disember