Make your own free website on Tripod.com

Visi

Wawasan 2020

1. Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama
2. Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan  akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah
3. Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara membangun
4. Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian, serta didokong oleh nilai etika yang paling tinggi.
5. Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama mereka, dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara
6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan yang tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi, tetapi juga merupakan penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan
7. Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada kepentingan sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan, tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh
8. Mewujudkan dan memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi
9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental

Misi

Meningkatkan kesejahteraan golongan masyarakat bermasalah dan berkeperluan melalui penyampaian perkhidmatan perlindungan, pemulihan, dan pembangunan dengan penglibatan masyarakat.

Moto

Berkhidmat secara professional

Teras

Perkhidmatan berkualiti teras budaya kerja kebajikan. Objektif melahirkan masyarakat yang sejahtera dan bersepadu melalui perkongsian tanggungjawab yang strategik dalam menyampaikan perkhidmatan sosial yang cekap dan berkesan di semua peringkat.

Objektif Umum

Memberi jagaan dan perlindungan kepada anggota masyarakat yang tidak berkeupayaan;

Mengerakkan perubahan sikap dan peningkatan keupayaan dikalangan masyarakat yang berkeperluan dan bermasalah;

Mewujudkan masyarakat yang mengamalkan budaya ikram selaras dengan Dasar Kebajikan Masyarakat Negara.

Objektif Operasi

Menyediakan kemudahan jagaan dan perlindungan untuk keperluan hidup;
Menjalankan usaha pencegahan masalah dari berlaku atau merebak; Menjalankan kegiatan pemulihan mangsa masalah sosial supaya berdikari;
Membangunkan kesedaran masyarakat kearah penglibatan dan penyertaan dalam kerja kebajikan;
Melaksanakan sistem pengurusan, perancangan dan latihan yang berkesan.
 

Strategi

Peningkatan tahap keupayaan klien melalui penyertaan yang aktif;
Peningkatan kegiatan dan kemudahan penjagaan, perlindungan dan pemulihan.
Peningkatan usaha pencegahan.
Penyertaan dan penglibatan masyarakat.