Kumpulan Sasaran

Kanak-kanak

Kanak-kanak yang memerlukan penjagaan,perlindungan dan pendidikan termasuk murid-murid sekolah.

Remaja/Juvana

Remaja/juvana yang berumur antara 10 hingga 18 tahun yang dihadapkan ke mahkamah kerana   melakukan kesalahan jenayah atau tidak terkawal atau memerlukan jagaan dan perlindungan dibawah akta Mahkamah Juvana 1947.

Wanita

Wanita dan gadis dibawah umur 21 tahun dan tidak berkahwin dengan sah yang terdedah kepada bahaya moral dan lain-lain. Wanita, terutamanya yang berhijrah dari luar bandar.

Orang Cacat

Orang cacat anggota, penglihatan, pendengaran, bisu dan terncat akal.

Orang Papa/Pengemis

Seorang peleser yang dijumpai disuatu tempat awam, samada atau tidak ia mengemis yang tidak mempunyai mata pencarian atau tempat tinggal atau tidak dapat menyatakan hal dirinya dengan memuaskan
Seorang yang didapati mengemis disesuatu tempat awam dengan begitu cara hingga menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegusaran kepada orang yang lazimnya mengunjung tempat itu atau hingga mengadakan kacau ganggu

Wargatua

Orang-orang tua yang tiada sumber pendapatan, tiada tempat tinggal, penjagaan atau memerlukan bantuan dan pertolongan untuk menyara hidup.

Keluarga

Keluarga yang menghadapi masalah kewangan, perhubungan suami isteri/anak beranak dan pengasuh kanak-kanak.

Komuniti

Sesebuah komuniti yang terpilih yang menentukan intervensi   kerja sosial.
Selain dari apa yang disebutkan diatas. Jabatan Kebajikan Masyarakat yang bertanggung jawab keatas kumpulan sasar berikut:-
 

Pertubuhan Sukarela

Badan Sukarela yang berhubung dengan kerja-kerja kebajikan
Kumpulan-kumpulan lain
Mangsa malapetaka dan orang terdampar