Make your own free website on Tripod.com

Latarbelakang

Salah satu daripada peruntukan Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 ialah penubuhan Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak di seluruh negara bagi menyelaraskan perkhidmatan setempat kepada keluarga dan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan. Ahli yang diwajibkan mengikut akta ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah, Pegawai Perubatan, Pegawai Polis dan yang lainnya ialah sukarelawan.  Pasukan ini digalakkan menyediakan beberapa program pencegahan yang sesuai untuk kanak-kanak serta keluarga yang berisiko tinggi. Disamping itu juga memajukan peranan dalam kerja pemulihan dan pencegahan seperti menubuhkan perkhidmatan intervensi krisis dan pencegahan seperti meningkatkan kemesraan dan perhubungan didalam menghadapi tekanan hidup dan untuk membantu keluarga yang menghadapi masalah. Dibeberapa daerah di Negeri Kedah telah ditubuhkan Pusat Aktiviti Kanak-kanak bagi memenuhi kehendak yang tersebut diatas,

PUSAT AKTIVITI KANAK-KANAK

Kumpulan Sasar

Kanak-kanak dibawah umur 18 tahun

ibubapa/penjaga yang bermasalah.

Tujuan

 Memenuhi keperluan kanak-kanak serta keluarga yang memerlukan perkhidmatan sokongan keluarga yang bermasalah, mencegah penginayaan, pengabaian, keciciran sekolah, ponteng sekolah, penagihan dadah dan lain-lain.

Faedah yang diperolehi

Satu kemudahan setempat bagi kegunaan kanak-kanak

Jagaan dan perlindungan diberi khusus kepada kanak-kanak

Masa lapang kanak-kanak digunakan dengan baik

Menambah pengetahuan