Make your own free website on Tripod.com

            Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) ditubuhkan pada 21 Februari 1993 dan ditempatkan di No. 124 Taman Sri Nerang, 06300 Kuala Nerang dan telah dirasmikan pada 25 November 1996.  PDK ini mendapat peruntukan dari Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman sebanyak RM320,000 telah membeli 2 buah banglo selapis di Taman Saujana, Kuala Nerang dengan harga RM146,000.  PDK ini telah membuat pengubahsuaian dari segi bentuk luaran dan dalaman bangunan dengan perbelanjaan RM115,058.00.  Disamping itu juga PDK Kuala Nerang juga telah membeli sebuah kenderaan Perodua Rusa untuk tujuan pengangkutan kanak-kanak ke PDK.  Telah berpindah ke No. 114, Taman Saujana, 06300 Kuala Nerang pada 7 Oktober 1999.