PDK SUNGAI PETANI

Latar belakang

            Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) ini ditubuhkan pada tahun 1991 (971/91 (KEDAH) dan  mula beroperasi pada 15 Mac 1999 di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda Sungai Petani.

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PDK

PDK Kuala Muda ditadbir oleh sebuah Jawatankuasa Sukarela yang dilantik oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda, Sungai Petani dengan persetujuan PKMN Negeri Kedah. Jawatankuasa ini terdiri dari Pengerusi, Bendahari, Setiausaha dan beberapa orang ahli Jawatankuasa. Wakil-wakil dari agensi kerajaan seperti Pejabat Pendidikan, Pejabat Kesihatan dan lain juga akan dilantik sebagai penasihat kepada Jawatankasa.

Bagi mengendalikan program pemulihan dan latihan kepada kanak-kanak kurang upaya seramai 69 orang,  2 orang tenaga pengajar dilantik oleh Jawatankuasa dengan persetujuan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah. Kedua guru ini dibayar elaun tetap bulanan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.  

SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan adalah semata-mata bergantung kepada sumbangan derma orang ramai dan ibubapa kanak-kanak kurang upaya yang berkemampuan.

 KUMPULAN SASAR PDK

Semua kanak-kanak kurang upaya seperti kurang upaya anggota, cacat akal, spastik dan lain-lain. Berumur dibawah 12 tahun layak memohon untuk mengikuti program di Pusat PDK ini.