PROGRAM PEMULIHAN DALAM KOMUNITI SUNGAI PETANI |
||
|
Latar
belakang Pusat
Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) ini ditubuhkan pada tahun 1991 (971/91 (KEDAH)
dan mula beroperasi pada 15
Mac 1999 di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda Sungai Petani. PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN PDK PDK
Kuala Muda ditadbir oleh sebuah Jawatankuasa Sukarela yang dilantik oleh
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda, Sungai Petani dengan
persetujuan PKMN Negeri Kedah. Jawatankuasa ini terdiri dari Pengerusi,
Bendahari, Setiausaha dan beberapa orang ahli Jawatankuasa. Wakil-wakil
dari agensi kerajaan seperti Pejabat Pendidikan, Pejabat Kesihatan dan
lain juga akan dilantik sebagai penasihat kepada Jawatankasa. Bagi
mengendalikan program pemulihan dan latihan kepada kanak-kanak kurang
upaya seramai 69 orang, 2
orang tenaga pengajar dilantik oleh Jawatankuasa dengan persetujuan
Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah. Kedua guru ini dibayar elaun tetap
bulanan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. SUMBER KEWANGAN Sumber
kewangan adalah semata-mata bergantung kepada sumbangan derma orang
ramai dan ibubapa kanak-kanak kurang upaya yang berkemampuan. KUMPULAN SASAR PDK Semua
kanak-kanak kurang upaya seperti kurang upaya anggota, cacat akal,
spastik dan lain-lain. Berumur dibawah 12 tahun layak memohon untuk
mengikuti program di Pusat PDK ini. |