Make your own free website on Tripod.com

 

PDK Padang Terap ditadbir oleh sebuah Jawatankuasa Sukarela yang dilantik oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Padang Terap, Kuala Nerang dengan persetujuan PKMN Negeri Kedah. Jawatankuasa ini terdiri dari Pengerusi, Bendahari, Setiausaha dan beberapa orang ahli Jawatankuasa. Wakil-wakil dari agensi kerajaan seperti Pejabat Pendidikan, Pejabat Kesihatan dan lain juga akan dilantik sebagai penasihat kepada Jawatankasa.

Bagi mengendalikan program pemulihan dan latihan kepada kanak-kanak kurang upaya  seramai 37 orang (Cacat Akal 21 orang, Cacat Anggota 10 orang) 2 orang tenaga pengajar dilantik oleh Jawatankuasa dengan persetujuan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah. Kedua guru ini dibayar elaun tetap bulanan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.

 

SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan adalah semata-mata bergantung kepada sumbangan derma orang ramai dan ibubapa kanak-kanak kurang upaya yang berkemampuan.

 

KUMPULAN SASAR PDK

Semua kanak-kanak kurang upaya seperti kurang upaya anggota, cacat akal, spastik dan lain-lain. Berumur dibawah 12 tahun layak memohon untuk mengikuti program di Pusat PDK ini.