Make your own free website on Tripod.com

LATARBELANG PENUBUHAN

  • Pusat Perkembangan Kanak-Kanak Istimewa Daerah Langkawi adalah salah satu pusat dibawah program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) iaitu cabang aktiviti Ehwal Pemulihan Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah adalah berperanan sebagai Penasihat / Penyelaras kepada Program (PDK) di peringkat Daerah Langkawi.

  • Berfungsi memulihkan kanak-kanak kurang upaya beracuankan Komuniti tempatan

  • Mengatasi masalah kekurangan tempat di Institusi kurang upaya JKM dan bertambahnya kanak-kanak kurang upaya yang memerlukan pemulihan

  • Bermula di Malaysia pada 1983 di Batu Rakit, Terangganu dan di Daerah Langkawi mula di tubuhkan pada 21.09.1992 yang bertempat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Derah Langkawi, permulaan murid seramai 6 orang

  • Sejak itu berpindah kebeberapa tempat, pada 1993 ke Taman Indah, Kelibang, awal 1995 ke Taman Unity, Kuah, 1996 ke Taman Cenderawasih, Ulu Melaka. Jun 1997 ke bekas Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Langkawi di No. 15, Taman Seri Dayang, Kuah yang disewa dengan kadar RM 500.00 sebulan dan akhir sekali berpindah ke Bangunan tetep PDK pada 09.09.1999 yang dibina dibawah Peruntukkan Kerajaan Negeri Kedah, dengan peruntukan sebanyak RM 250,000.00 beralamat di Taman Sri Berlian, 07000 Kuah, Langkawi. Bilangan kanak-kanak istimewa yang menghadiri PDK Langkawi kini ialah kira-kira 16 orang iaitu dari semua Mukim di Daerah Langkawi.