Make your own free website on Tripod.com

1. Aktiviti Harian ( ADL ) seperti mengemas diri, menyikat rambut, ketandas dan sebagainya.

2. Kemahiran Motor Kasar-Melibatkan kemahiran pergerakan masel iaitu bahagian anggota tubuh badan seperti berjalan, berlari, merangkak, melompat dan sebagainya.

3. Kemahiran Motor Halus - Melibatkan pemikiran, penglihatan serta pergerakkan jari seperti membuat bentuk kuih dari tanah liat, meggunting kertas, melekat gambar, menyusun lego dan mewarna gambar.

4. Aktiviti Pra-Sekolah - kemahiran mengira, membaca bacaan yang mudah, menulis huruf abjad dan perkataan.

5. Perkembangan Sosial - Belajar berinteraksi dengan orang lain seperti memberitahu nama, umur, tempat tinggal dan sebagainya.

PROSEDUR KEMASUKAN

Pemohon hendaklah dibuat oleh ibubapa / penjaga di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Padang Terap melalui surat atau datang sendiri ke pejabat.

Kanak-kanak akan di rujuk ke Hospital untuk pengesahan jenis kecacatan dan ulasan dari Pegawai Perubatan.

Surat tawaran kemasukan akan dikeluarkan kepada penjaga.

Bagi ibu-bapa / penjaga yang berkemampuan yuran akan dikenakan bagi menampung perbelanjaan makan minum kanak-kanak semasa berada di pusat.

FAEDAH PENUBUHAN PDK

Dapat menyediakan program pemulihan dan latihan kepada kanak-kanak kurang upaya diperingkat umur yang lebih awal.

Kanak-kanak tidak dipisahkan dari keluarga sendiri kerana PDK merupakan pusat harian bukan institusi berasrama.

Ibu-bapa juga turut dilatih cara-cara pemulihan dan latihan. Oleh itu ibu-bapa dapat meneruskan pemulihan dan latihan di rumah selepas anak pulang dari PDK atau keluarga berpindah ke kawasan lain yang tidak mempunyai program PDK.

Mewujudkan masyarakat penyayang dan prihatin di antara anggota masyarakat setempat kerana PDK diuruskan sendiri oleh masyarakat setempat.

Memberi peluang kepada anggota masyarakat khususnya ibu-bapa dan keluarga kanak-kanak kurang upaya melibatkan diri dalam program PDK.

Dapat meringankan beban ibu-bapa yang mempunyai anak-anak kurang upaya kerana anak mereka mempunyai tempat ( PDK ) untuk dipulih dan dilatih.