Make your own free website on Tripod.com
 

AKTIVITI HARIAN  

  • Aktiviti Harian ( ADL ) seperti mengemas diri, menyikat rambut, ketandas dan sebagainya.

  • Kemahiran Motor Kasar - Melibatkan kemahiran pergerakan masel iaitu bahagian anggota tubuh badan seperti berjalan, berlari, merangkak, melompat dan sebagainya.  

  • Kemahiran Motor Halus - Melibatkan pemikiran, penglihatan serta pergerakkan jari seperti membuat bentuk kuih dari tanah liat, meggunting kertas, melekat gambar, menyusun lego dan mewarna gambar.

  • Aktiviti Pra-Sekolah - kemahiran mengira, membaca bacaan yang mudah, menulis huruf abjad dan perkataan.

  • Perkembangan Sosial - Belajar berinteraksi dengan orang lain seperti memberitahu nama, umur, tempat tinggal dan sebagainya.

Guru sedang memberi rawatan kepada kanak-kanak PDK

FAEDAH PENUBUHAN PDK

  • Dapat menyediakan program pemulihan dan latihan kepada kanak-kanak kurang upaya diperingkat umur yang lebih awal. 

  • Kanak-kanak tidak dipisahkan dari keluarga sendiri kerana PDK merupakan pusat harian bukan institusi berasrama. 

  • Ibu-bapa juga turut dilatih cara-cara pemulihan dan latihan. Oleh itu ibu-bapa dapat meneruskan pemulihan dan latihan di rumah selepas anak pulang dari PDK atau keluarga berpindah ke kawasan lain yang tidak mempunyai program PDK.

  • Mewujudkan masyarakat penyayang dan prihatin di antara anggota masyarakat setempat kerana PDK diuruskan sendiri oleh masyarakat setempat. 

  • Memberi peluang kepada anggota masyarakat khususnya ibu-bapa dan keluarga kanak-kanak kurang upaya melibatkan diri dalam program PDK. 

  • Dapat meringankan beban ibu-bapa yang mempunyai anak-anak kurang upaya kerana anak mereka mempunyai tempat ( PDK ) untuk dipulih dan dilatih.

 


Ahli Jawatankuasa bersama kanak-kanak di PDK Baling.


Peralatan Latihan


Sukarelawan Jepun sedang melatih kanak-kanak

PROSEDUR KEMASUKAN

  • Pemohon hendaklah dibuat oleh ibubapa / penjaga di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Baling melalui surat atau datang sendiri ke pejabat.

  • Kanak-kanak akan di rujuk ke Hospital untuk pengesahan jenis kecacatan dan ulasan dari Pegawai Perubatan.

  • Surat tawaran kemasukan akan dikeluarkan kepada penjaga.

  • Bagi ibu-bapa / penjaga yang berkemampuan yuran akan dikenakan bagi menampung perbelanjaan makan minum kanak-kanak semasa berada di pusat.

Peralatan latihan di PDK