Make your own free website on Tripod.com

PEMULIHAN DALAM KOMUNITI

            Pemulihan dalam komuniti adalah konsep pemulihan kepada orang-orang tidak berkeupayaan khususnya kepada orang-orang cacat. Konsep pemulihan ini pada asalnya adalah diutarakan WHO ( World Health Organization) semenjak tahun 1970an. Beberapa buh negara menbangun telah melaksanakan konsep pemulihan PDK yang dicadangkan WHO berjaya. Di Malaysia PDK mula ditubuhkanpada 1983 sehingga April 1995 114 buah PDK telah ditubuhkan.

2.LATAR BELAKANG

            PDK satu program yang dimulakan sebagai satu projek perintis pada tahun 1983. Merupakan satu ketetapan baru yang melibatkan penglibatan aktif ibubapa, keluarga dan komuniti tempatan terhadap usaha mencegah dan memulihkan orang cacat khususnya di peringkat kampung/tempatan. pendekatan ini juga diasaskan kepada rasional bahawa sebahagian besar daripada mereka yang cacat tidak memerlukan rawatan pemulihan sepenuh masa di insitusi melainkan mereka yang tertentu sahaja.

3.OBJEKTIF

  1. Memulihkan orng cacat supaya boleh berfungsi seperti orang biasa 
  2. Memberi kesedaran kepada komuniti/masyarakat setempat bahawa ada segolongan masyarakat yang tidak berkeupayaan perlukan bantuan.

  3. Memberi pengetahuan, kesedaran pemulihan kepada orang cacat,ahli keluarga dan saudara mara terdekat dalam pemulihan.

  4. Mewujudkan komuniti / masyarakat penyayang yang mengamalkan  budaya ikram.

  5. Memanfaatkan orang-orang cacat bukan saja terlatih dalam  pemulihan tetapi juga mengerak anggota masyarakat yang berguna dan produktif.

4.KUMPULAN SASAR

        Kanak-kanak cacat

5.AKTIVITI

  1. Aktiviti Harian (ADL) seperti mengemas diri, menyikat rambut, ke tandas dan sebagainya

  2. Kemahiran Motor halus : melibatkan pemikiran, penglihatan serta pengerakan jari seperti membuat bentuk kuih dari tanah liat, mengunting kertas, melekat gambar, menyusun lego dan mewarna gambar.

  3. Kemahiran motor kasar : melibatkan pergerakan masel iaitu bahagian tubuh badanseperti berjalan, berlari, merangkak dan sebagainya.

  4. Aktiviti Pra-Sekolah : kemahiran mengira, menbaca bacaac yang mudah menulis huruf abjab dan perkataan

  5. Perkembangan sosial : belajar berinteraksi dengan orang lain seperti memberitahu nama, umur, tempat tinggal dan sebagainya

6.FAEDAH YANG DIPEROLEHI OLEH KANAK-KANAK CACAT

  1. Membantu kanak-kanak mengurus diri sendiri dan dapat berkomunikasi

  2. Anggota badan dapat berfungsi setelah dibuat pergerakan

  3. Dapat berinteraksi dengan rakan-rakan, oleh itu mewujudkan satu perubahan pergaulan yang positif.

  4. Memupuk sikap berdikari.

  5. Dapat belajar mengenal huruf, angka, membaca, menulis dan mengira

7.FAEDAH PENUBUHAN PDK

  1. Dapat memupuk sikap berdikari kanak-kanak
  2. Ibubapa mendapat pengetahuan mendidik anak-anak cacat dan melalui penglibatan dalam program,saling memahami masalah yang dihadapi oleh anak-anak cacat.
  3. kanak-kanak mendapat pendidikan yang bersesuaian dengan keadaan mereka, oleh itu dapat mengurangkan kecacatan yang dialami.
  4. Kesedaran kepada ibubapa bahawa kanak-kanak juga mempunyai kebolehan dan keistimewaan sekiranya diberi peluang untuk mendapat bimbingan dan latihan secara teratur.
  5. Meringankan beban keluarga dari segi jagaan dan latihan.

- Di Negeri Kedah pada masa ini terdapat 12 pusat pemulihan dalam komuniti.keduduknya seperti berikut:

  1. Daerah Kota Setar                -  2buah
  2. Daerah Kubang Pasu            -  1buah
  3. Daerah Yan                          -  1buah
  4. Daerah Padang Terap           -  1buah
  5. Daerah Pendang                   -  1buah
  6. Daerah Langkawi                  -  1buah
  7. Daerah Kulim                       -  1buah
  8. Daerah Kuala Muda              -  1buah
  9. Daerah Baling                       -  2buah
  10. Daerah Bandar Baharu          -  2buah

          Jumlah                              -  13buah