Make your own free website on Tripod.com

JAWATAN KUASA KEBAJIKAN JUVANA

Latarbelakang

   Dalam menangani masalah kenakalan juvana, penglibatan masyarakat amat penting terutama dalam proses pemulihan secara menyeluruh. Pentingnya penglibatan masyarakat ini memang telah diperuntukan dalam Akta Mahkamah Juvana 1947, iaitu ahli-ahli masyarakat yang berwibawa dan yang mempunyai pengalaman dan minat untuk membantu remaja boleh dipilih oleh Y.B. Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dan diwartakan sebagai ahli-ahli Jawatankuasa Kebajikan Juvana.

Peranan Jawatankuasa Kebajikan Juvana

   Peranan Jawatankuasa Juvana terkandung dalam Peraturan-Peraturan Jawatankuasa Kebajikan Juvana (Perlembagaan dan Kewajipan)(Pindaan) 1988. Antaranya ialah:-

Membantu Pegawai Akhlak dalam usaha pemulihan juvana dan juga dalam pencegahan jenayah dan keruntuhan akhlak serta menjamin kebajikan juvana dalam daerah masing-masing.

Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat

Menasihatkan Menteri mengenai perubahan dasar atau undang-undang berkaitan dengan kebajikan juvana.