EHWAL PEMULIHAN

 

Objektif

 

·         Membantu memulihkan remaja yang rosak akhlak dan mempertingkatkan kualiti dan taraf hidup orang kurang upaya supaya mereka dapat hidup berdikari dengan memberi pemulihan dan latihan kemahiran yang sesuai.

 

Aktiviti

 

·         Pengurusan

·         Perancangan dan pembangunan perkhidmatan pemulihan.

·         Pengesanan, penilaian dan penyelarasan perlaksanaan perkhidmatan.

·         Meneliti dan melantik bagi maksud pengwartaan ahli-ahli Lembaga Pelawat Institusi.

·         Khidmat nasihat dan bimbingan bagi perkhidmatan Pemulihan.

·         Perkhidmatan Institusi

·         Memberi jagaan, perlindungan dan pemulihan kepada golongan remaja yang bermasalah dan orang cacat.

·         Menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan dari segi fizikal, sosial dan rohaniah.

·         Menjaga kesihatan dan keselamatan penghuni.

·         Memberi pendidikan, bimbingan serta latihan vokasional.

·         Menempatkan semula dalam masyarakat melaui pekerjaan/keluarga asal atau ganti.

·         Mengadakan aktiviti pengeluaran hasil dan aktiviti yang berkaitan dengan masyarakat setempat.