Make your own free website on Tripod.com

BRIGED KEBAJIKAN PERDANA

MATLAMAT

Pengemblengan usaha secara total di kalangan anggota masyarakat dalam menangani pelbagai masalah sosial.

OBJEKTIF

Mewujudkan Pasukan Sukarelawan Kebajikan yang sentiasa  peka dan komited terhadap kerja-kerja Kebajikan Masyarakat

Mengemblengkan seluruh tenaga ahli masyarakat di semua peringkat dalam usaha menangani gejala-gejala sosial yang berlaku

Memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong- menolong  bantu- menbantu sesama ahli dalam mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi oleh masyarakat  dari masa ke semasa

Mengisi masa lapang anggota masyarakat dengan aktiviti -aktiviti kebajikan masyarakat yang bermanfaat serta dapat mencegah gejala-gejala sosial yang negatif

MODUL BRIGED KEBAJIKAN PERDANA

Modul Briged Kebajikan Perdana telah dibentuk menerusi suatu bengkel yang diadakan di Hotel Sri Malaysia Mersing pada 25-27Jun,1996. Bengkel ini yang dinamakan Bengkel Bertindak BKP telah di hadiri oleh semua Pegawai Kebajikan Masyarakat Negeri Johor,semua Komandan BKP Negeri Johor dan wakil-wakil NGO`s Negeri Johor.

Hasil perbingcangan bengkel telah merumuskan bahawa semua keputusan yang dicapai boleh digunapakai di seluruh Malaysia.

Segala resolusi bengkel telah diifailkan ke Ibu Pejabat JKMM Kuala Lumpur dan telah di buat beberapa pengubahsuaian.

OBJEKTIF MODUL BKP

Menyenaraikan semua perkhimatan  yang memerlu sumbangan dan perkhidmatan daripada Ahli Briged Kebajikan Perdana.

Mempastikan pengurusan aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersistematik,terancang ,tersusun rapi dan berkesan.

Sebagai garis panduan bertindak untuk para Komandan BKP seluruh negeri dan daerah.