1. BANTUAN KANAK-KANAK

            Bantuan ini disalurkan melalui penjaga kanak-kanak yang kurang bernasib baik kerana hilang tempat bergantung, kurang upaya, anak yatim yang tinggal dengan keluarga ganti, ibubapa sakit, di penjara dan sebagainya agar kanak-kanak tersebut meneruskan kehidupan dan pelajaran mereka serta mengurangkan kes kemasukan ke Rumah Kanak-Kanak.

            Bantuan Kanak-Kanak akan dipertimbangkan kepada keluarga yang berpendapatan RM400 kebawah. Kadar bantuan minima RM60 dan maksima RM250.00 sebulan.

2. BANTUAN ANAK PELIHARA

           Bantuan ini diberikan kepada mana-mana keluarga yang memelihara sesaorang kanak-kanak atau lebih bukan tujuan untuk dijadikan anak angkat. Kadar bantuan sebanyak RM250.00 sebulan.

3. BANTUAN ORANG TUA

        Bantuan ini diberikan kepada orang-orang tua yang hidup sebatang kara serta tiada mempunyai saudara mara. Kadar bantuan sebanyak RM100.00 sebulan diberikan bagi menampong keperluan mereka dan mengelakkan kes kemasukan ke Rumah Seri Kenangan.

4. ELAUN PEKERJA CACAT

            Elaun Pekerja Cacat bertujuan membantu orang kurang upaya yang berpendapatan dibawah RM400.00. Elaun ini merupakan satu insentif kepada mereka yang berkerja.Kadar bantuan RM100.00 sebulan.

5. BANTUAN GERAN PELANCARAN

        Bantuan Pelancaran diberikan kepada kes-kes penerima bantuan Kanak-kanak dan Ealaun Pekerja Cacat bertujuan meninggikan taraf kehidupan golongan sasar melalui intervensi kerja yang menekankan aspek ekonomi, sumber tenaga dan dayausaha komuniti. Bagi kes yang ingin memulakan perniagaan dan membesarkannya bantuan kewangan diberikan dibawah skim ini.

        Antara jenis perusahan yang diberi bantuan ialah:-

  1. Perusahaan Kecil

  2. Perniagaan Kecil

  3. Ternakan

  4. Pertanian

  5. Kraftangan

  6. Lain lain