PERKHIDMATAN KEBAJIKAN NEGERI

1.Bantuan Am

  Bertujuan untuk menbantu individu atau keluarga yang berkeperluan kerana ketiadaan atau gangguan ataupun kekurangan pendapatan untuk menyara hidup mereka supaya beban yang dialami dapat dikurangkan bagi satu tempuh sehingga individu atau keluarga itu dapat berdikari.

2.Bantuan Sekolah

   Bertujuan untuk membantu murud-murid daripada keluarga yang miskin dan kurang bernasib baik,khususnya anak-anak penerima  bantuan supaya mereka dapat meneruskan alam persekolahan dan tidak tercicir.

3.Bantuan Bencana Alam

   Bertujuan untuk menolong meringankan kesengsaraan dan beban yang dialami oleh mangsa-mangsa malapetaka seperti kebakaran ,ribut,banjir dan sebagainya serta membantu untuk memulihkan semula kehidupan mereka.

4.Bantuan Lain-lain

   Bertujuan untuk memberi bantuan kepada orang-orang miskin,orang-orang tua dan lain-lain untuk menbaiki rumah yang sudah usang dan uzur,bantuan Elaun kepada  Pengasuh-pengasuh /pekerja-pekerja Pusat Jagaan Harian/Mini Asrama/Rumah Amal dan lain-lain.Bantuan Tambang Perjalanan untuk orang awan dan kes-kes jabatan yang tidak mampu menbiayai tambang untuk perjalanan bagi menjalani rawatan perubatan dan bantuan -bantuan untuk projek-projek jayadiri(ternakan,pertanian)untuk kes-kes bagi tujuan pemulihan dan juga menbolehkan mereka berdikari.

5. Wang Amanah

        Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah telah dilantik oleh pihah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai Pemegang Amanah kepada wang-wang pencen terbitan untuk anak-anak gemulah.