KANAK-KANAK
Penjagaan dan Perlindungan
Menjaga kepentingan kanak-kanak dengan memberi jagaan dan perlindungan atau menyelamatkan atau memberi bantuan kepada kanak-kanak yang tersisih dari keluarga, dianiaya atau terbiar seperti mereka yang:-
Pasukan Perlindungan Kanak-kanak / Pusat Aktiviti Kanak-kanak
Pasukan Perlindungan dan Pusat Aktiviti ditubuhkan di negeri dan daerah bagi memberi perkhidmatan untuk keperluan kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan sokongan perlindungan kanak-kanak. Aktiviti yang dikendalikan seperti pusat jagaan, kursus pengasuhan dan perkembangan kanak-kanak dan lain-lain dapat membantu usaha mencegah penganiayaan dan pengabaian kanak, ponteng sekolah, kerosakan akhlak dan lain-lain masalah sosial.
Pengambilan Anak Angkat
Penempatan kanak-kanak yang tiada keluarga dalam keluarga angkat supaya dapat terus menikmati kebahagiaan hidup berkeluarga.
Pemeliharaan Anak
Penempatan kanak-kanak dengan keluarga pelihara jika didapati tidak sesuai ditempatkan sebagai anak angkat.
Perkembangan Kanak-kanak
Bantuan Kewangan
Membantu kanak-kanak dari keluarga yang telah hilang pencari nafkahnya atau tidak berkemampuan kerana keuzuran dan juga kanak-kanak yang tinggal dengan keluarga ganti.