Selamat melayari Laman Web Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah Darul Aman. Pelaksanaan sistem maklumat berkomputer di bawah program Kerajaan Elektronik ini telah membuka ruang kepada Jabatan ini untuk menyebarkan perkhidmatan-perkhidmatan yang dikendalikan melalui internet kepada masyarakat. Melalui Laman ini, pengunjung akan mengetahui pelbagai sumbangan serta khidmat sosial kepada kumpulan sasar iaitu kanak-kanak, juvana, wanita dan gadis, orang kurang upaya, warga tua, keluarga dan komuniti.
Dalam usaha membantu kumpulan sasar ini, komitmen semua pihak adalah digalakkan bagi mewujudkan konsep “kebajikan adalah tanggungjawab bersama” supaya masyarakat penyayang dapat dibentuk. Saya juga mengalu-alukan pelawat untuk berkunjung ke Laman JKMNK untuk memberi cadangan, pandangan serta maklumbalas yang positif dan membina melalui buku pelawat serta email yang disediakan.
Adalah diharapkan Laman ini akan dapat memberi manfaat kepada para pengungjungnya.. Kami akan cuba sedaya upaya untuk menentukan maklumat-maklumat yang dipaparkan adalah yang terkini.
Sekian,terima kasih.
HJ. OTHMAN BIN BAKAR PMP.
Pengarah,
Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Negeri Kedah Darul Aman