Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984 (Akta 308)

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan Taman-taman Asuhan Kanak-kanak dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya.

Kemudahan 

  • Akta ini memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun yang memerlukan perkhidmatan taman asuhan kanak-kanak (TASKA) semasa ibubapa mereka di tempat kerja.
  • Mewajibkan pendaftaran TASKA yang mempunyai lebih daripada 10 orang kanak-kanak dibawah usia 4 tahun.
  • Menentukan kesihatan, keselamatan dan pendidikan kanak-kanak.

Hukuman Ke Atas TASKA Yang Tidak Berdaftar 

Mereka yang didapati bersalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM 1,000. Bagi kesalahan kali yang kedua atau kali yang kemudiannya, boleh didenda tidak melebihi RM2000.00. 

Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat 

  • Menerima permohonan dan menjalankan penyiasatan.
  • Mendapatkan kerjasama Pejabat Kesihatan, Pejabat Bomba dan Majlis Bandaran/Daerah untuk menjalankan penyiasatan ke atas TASKA bagi mendapatkan teguran/pandangan dan kelulusan.
  • Sebagai Pegawai Berkuasa, boleh dari masa ke semasa masuk dan memeriksa apa-apa premis yang digunakan bagi maksud -maksud taman asuhan kanak-kanak untuk tujuan menjamin bahawa :
    1. "Kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak atau pekerja-pekerja dalamnya adalah memuaskan;
    2. daftar, rekod, jadual waktu, menu, buku kira-kira adalah diselenggarakan dengan sempurna;
    3. alat yang cukup dan sesuai diadakan di dalamnya;
    4. struktur, kesihatan dan kebersihan diselengarakan;
    5. pengawasan yang cukup diambil terhadap pencegahan kebakaran atau apa-apa bencana lain yang mungkin membahayakan nyawa atau kesihatan kanak-kanak yang diasuh dalamnya".