Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506)

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan, dan pemeriksaan Pusat-pusat Jagaan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat

  • Menerima permohonan dan menjalankan penyiasatan.
  • Mendapatkan kerjasama Pejabat Kesihatan, Pejabat Bomba dan Majlis Bandaran/Daerah untuk menjalankan penyiasatan ke atas Pusat Jagaan bagi mendapatkan teguran/pandangan dan kelulusan.
  • Sebagai Pegawai Berkuasa, boleh dari masa ke semasa masuk dan memeriksa apa-apa premis yang digunakan bagi maksud -maksud Pusat Jagaan untuk tujuan menjamin bahawa :
    1. "Kesihatan dan kesejahteraan penghuni atau pekerja-pekerja dalamnya adalah memuaskan;
    2. daftar, rekod, jadual waktu, menu, buku kira-kira adalah diselenggarakan dengan sempurna;
    3. alat yang cukup dan sesuai diadakan di dalamnya;
    4. struktur, kesihatan dan kebersihan diselengarakan;
    5. pengawasan yang cukup diambil terhadap pencegahan kebakaran atau apa-apa bencana lain yang mungkin membahayakan nyawa atau kesihatan penghuni yang berada dalamnya".