Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 (Akta 106)

Suatu Akta bagi meminda dan menyatukan undang-undang berhubung dengan perlindungan wanita dan gadis dan bagi mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang bersampingan dengannya.

Kemudahan

  • Akta ini memberi jagaan dan perlindungan serta peluang untuk menjalankan pemulihan kepada wanita dan gadis yang telah terdedah kepada bahaya moral, rosak akhlak atau menjadi mangsa pelacuran.
  • Memberi peluang kepada penjaga yang sah di sisi undang-undang untuk membuat permohonan bagi menahan seseorang perempuan yang berusia di bawah 18 tahun di tempat perlindungan atas alasan tidak dapat menjalankan kawalan yang sepatutnya ke atasnya sewa terdedah kepada bahaya akhlak.
  • Memberi peluang kepada seseorang perempuan tanpa mengira peringkat umur mendapatkan perlindungan dengan segera.

Takrifan Wanita dan Gadis

  • Seorang perempuan berusia di bawah 21 tahun.

Perlaksanaan Undang-undang Mengikut Akta

  • Jika mahkamah Majistret berpuashati bahawa orang perempuan itu memerlukan perlindungan mengikut Akta maka Mahkamah boleh:-
  • Memerintahkan supaya orang perempuan berkenaan ditahan di tempat perlindungan selama suatu tempoh tiga tahun dari tarikh ia ditahan untuk siasatan.
  • Membuat suatu perintah, supaya perempuan itu diletakkan selama suatu tempoh tidak lebih daripada tiga tahun dalam peliharaan seseorang sama ada seorang saudara atau tidak yang bersetuju dan difikirkan layak.
  • Membuat suatu perintah, menghendaki ibubapa atau penjaganya mengikut suatu bon selama sesuatu tempoh tertentu tidak lebih dari tiga tahun untuk menjalankan pemeliharaan atau penjagaan yang sepatutnya.
  • Membuat suatu perintah meletakkan orang perempuan itu selama suatu tempoh tertentu tidak lebih daripada tiga tahun di bawah pengawasan sseorang Pegawai Kebajikan Masyarakat.

Hukuman Bagi Orang Didapati Bersalah Mempergunakan Wanita dan Gadis Untuk Maksud Pelacuran Dan Sebagainya 

  • Seseorang yang didapati bersalah mempergunakan wanita dan gadis untuk masuk pelacuran dan sebagainya boleh dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau denda tidak lebih daripada sepulu ribu ringgit atau penjara dan denda kedua-duanya.
  • Seseorang lelaki yang disabitkan atas kesalahan kali kedua atau kali kemudian, boleh dikenakan hukum sebat selain daripada sesuatu tempoh penjara yang dikenakan.

Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat  

    1. Menerima dan menyiasat aduan.
    2. Mengemukakan kes-kes Mahkamah untuk mendapatkan waran tahanan sementara bagi urusan penyediaan laporan siasatan gadis itu memerlukan perlindungan.
    3. Menyiasat dan menyediakan laporan sosial dan enquiri untuk mahkamah.
    4. Sebagai Pelindung Wanita dan Gadis, menjalankan penyiasatan dan berfungsi sebagai Majistret Kelas Pertama untuk mengambil keterangan terhadap penyelesaian kes.
    5. Menyiasat dan menyediakan laporan kemajuan atau pembebasan dan laporan sosial terhadap penghuni institusi dan keluarga mereka.
    6. Mengeratkan perhubungan di antara wanita dan gadis yang sedang menjalankan pemulihan di tempat perlindungan dengan ahli-ahli keluarganya dengan tujuan penyesuaian beliau dengan keluarga dan masyarakat amnya setelah dibebaskan kelak.
    7. Melawat, menyelia dan memberi kaunseling kepada wanita dan gadis di bawah:-
      a. Seliaan
      b. Seliaan Lanjutan
    8. Mengiringi wanita dan gadis dalam jagaan perlindungan dan pemulihan
    9. Mendapatkan pekerjaan untuk wanita dan gadis agar mereka boleh berdikari dan tidak mengulangi kelakuan lama.