Akta
Perlindungan Kanak-kanak 1991
Suatu Akta bagi peruntukan mengenai pemuliharaan dan perlindungan kanak-kanak
yang memerlukan perlindungan, dan mengenai perkara-perkara yang bersampingan
dengannya atau yang berkaitan dengannya.
Kemudahan
- Memberi
Perlindungan kepada kanak-kanak dan orang muda yang memerlikan jagaan dan
perlindungan serta yang telah dianiaya.
Takrifan Kanak-kanak
- Mereka
yang berusia kurang dari 18 tahun.
Takrifan Penganiayaan
Akta Kanak-kanak dan Orang Muda 1947 (Akta
232) Seksyen 3
- Kanak-kanak
atau orang muda yang telah dipukul, diseksa, diabaikan, didedah kepada
bahaya; atau disuruh melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan ia dipukul,
diseksa, diabaikan atau didedah secara langsung atau tidak langsung yang
akan mengakibatkan kecederaan atau penderitaan kepada kesihatannya.
- (Termasuk
yang menyebabkan hilang penglihatan dan/atau pendengaran, kecederaan
anggota tubuh badan dan kecederaan otak).
Hukuman
- Bagi
kesalahan mengikut takrifan a. di atas hukumannya ialah denda tidak melebihi
RM10,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. Seksyen
26 Akta 468.
- Bagi
kesalahan mengikut takrifan b. diatas hukumannya ialah denda tidak
melebihi RM5,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.
Seksyen 28 Akta 468.
Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat
- Menyiasat
aduan yang diterima.
- Merujuk
kepada Pegawai Perubatan untuk mengesahkan samada penganiyaan telah berlaku
atau tidak.
- Melaporkan
kepada polis jika kes yang berkenaan perlu dibawa ke hadapan mahkamah.
- Mengadakan
kaunseling kepada pihak yang terlibat supaya perkara itu tidak berlaku lagi.
- Sebagai
ikhtiar terakhir, menempatkan kanak-kanak dengan penjaga yang sesuai atau
dimasukkan ke dalam Rumah Kanak-kanak.
|