Make your own free website on Tripod.com

Akta Orang-orang Papa 1977 (Akta 183) 

Suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi menjaga dan memulihkan orang-orang papa dan bagi mengawal kuturayau.

Kemudahan 

  • Akta ini memberi peluang kepada orang papa untuk mendapatkan jagaan dan perlindungan serta pemulihan di pusat pemulihan seperti di Desa Binadiri atau di Rumah Seri Kenangan.

 Takrifan Mengemis 

  • "Apa-apa kelakuan yang dikira akan mendorong pemberian sedekah, sama ada atau tidak ada perbuatan pura-pura menyanyi bermain, berlakon, menawarkan sesuatu untuk jualan atau selainnya". Sec.2.

Takrifan Orang Papa

  • "Seseorang yang didapati mengemis di sesuatu tempat awam dengan sebegitu cara hingga menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegusaran kepada orang-orang yang lazim mengunjungi tempat itu atau pun hingga mengadakan kacau ganggu.
  • Seseorang peleser yang dijumpai di sesuatu tempat awam, sama ada atau tidak ia mengemis, yang tidak mempunyai mata pencarian pada zahirnya atau tempat tinggal atau yang tidak dapat menyatakan hal dirinya dengan memuaskan". Sec.2.

 Tindakan Mengikut Akta 

  • Sesiapa sahaja boleh merujukkan seorang papa kepada Pegawai Kebajikan untuk tindakan yang tertentu.
  • Sekiranya Pegawai Kebajikan Masyarakat itu mempercayai orang itu adalah seorang papa, maka beliau boleh memohon perintah mahkamah bagi ia dimasukkan ke dalam institusi untuk sementara waktu, iaitu tidak melebihi 30 hari atau sebulan, di samping menjalankan penyiasatan.
  • Selepas siasatan diadakan mahkamah boleh memerintahkan kemasukkan orang itu ke Desa Binadiri untuk menjalankan pemulihan. Tindakan ini tidak boleh digunakan bagi mereka yang berusia di bawah 18 tahun.

Keluaran Orang Papa Daripada Institusi 

  • Seseorang papa yang berada di Institusi boleh dibebaskan jika Penguasa Institusi berkenaan berpuashati bahawa orang papa itu telah mendapat pekerjaan yang sesuai untuk menyelenggara dirinya, atau;
  • Dibebaskan kepada jagaan seseorang yang bersetuju dan berkeupayaan menjaga dan menanggungnya dengan wajar.

Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat 

  • Mengadakan operasi serbuan pengemis dengan anggota polis, yang mana pihak polis akan menangkap orang-orang papa dan serahkan kepada pihak kebajikan.
  • Mendapatkan perintah mahkamah tahanan sementara untuk membolehkan penyiasatan dijalankan dalam tempoh masa sebulan.
  • Selepas dibawa semula ke hadapan mahkamah dan diperintahkan tinggal di dalam institusi, Pegawai Kebajikan Masyarakat akan mengiringi orang itu masuk ke institusi yang berkenaan iaitu Desa Binadiri Mersing, atau ke Rumah Seri Kenangan bagi mereka yang tua.
  • Semasa di dalam institusi, Pegawai Kebajikan Masyarakat akan mengeratkan perhubungan orang itu dengan ahli-ahli keluarganya atau saudara maranya, jika ada, supaya senang menyesuaikan diri di dalam masyarakat selepas beliau dibebaskan kelak.
  • Mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan pekerjaan untuk orang itu.