Akta Mahkamah Juvana 1947 (Akta 90) 

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan mengenai jagaan dan perlindungan kanak-kanak dan orang muda dan perlaksanaan Mahkamah Juvana.

 Kemudahan 

  • Akta ini menentukan hukuman kepada kanak-kanak, juvana dan orang muda yang didapati bersalah di bawah undang-undang.
  • Memberi peluang bagi mereka mendapatkan jagaan dan perlindungan.
  • Memberi peluang bagi mereka yang telah didapati bersalah, mengikuti rancangan pemulihan di Asrama Akhlak atau Sekolah Akhlak.
  • Memberi kesedaran kepada ibubapa atau penjaga dan menentukan penyertaan mereka di dalam rancangan pemulihan anak-anak mereka yang berkenaan.

Takrifan Kanak-kanak 

  • Seorang yang telah meningkat usia 10 tahun dan berada di bawah usia 18 tahun.
  • Hukuman Yang Boleh Dibuat Oleh Mahkamah Juvana Di Bawah Sek. 12(1)
a. Buang Kes
b Membebaskan juvana selepas beliau menandatangani bon untuk berkelakuan baik.
c Menempatkan juvana di bawah jagaan saudara atau penjaga yang sesuai.
d Memerintahkan ibubapa juvana menandatangani bon untuk menentukanjagaan dan didikan yang baik terhadapnya.
e Mengeluarkan "Probation Order" yang meletakkan juvana di bawah penyeliaan Pegawai Akhlak di antara satu hingga tiga tahun. Perintah ini membebaskan juvana dengan syarat beliau akan didakwa semula di Mahkamah Juvana atas tuduhan lama dan baru jika beliau ditangkap melakukan kesalahan di bawah undang-undang selepas perintah tersebut dikeluarkan. Selain daripada itu perintah ini boleh menentukan kemasukan juvana ke dalam Sekolah Akhlak, yang mana tempoh masanya dan tidak melebihi tiga tahun; atau kemasukan ke dalam asrama akhlak selama setahun. Ibubapa atau penjaga boleh dihukum untuk membayar nafkah anak mereka semasa di dalam institusi yang berkenaan.
f Memerintah juvana dimasukkan ke dalam Sekolah Henry Gurney.
g Memerintahkan juvana membayar denda, ganti rugi atau kos
h Sekiranya pesalah itu seorang muda dan kesalahannya sesuai bagi beliau dipenjarakan, maka mahkamah Juvana boleh menjatuhkan hukuman setaraf dengan hukuman yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Seksyen, ataupun dipindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi. 

Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat 

  • Menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai Pegawai Akhlak.
  • Menyiasat dan menyediakan Laporan Akhlak untuk mahkamah dan menghadiri mahkamah.
  • Menyelia juvana yang telah diletak di bawah Perintah Akhlak yang telah dibebaskan di bawah lesen dan yang ditempatkan untuk seliaan lanjutan.
  • Menjadi sahabat dan penasihat kepada juvana di bawah jagaannya.
  • Menggalakkan ahli-ahli keluarga dan masyarakat memberi kerjasama untuk menentukan kejayaan terhadap pemulihan juvana.