Suatu Akta bagi peruntukan mengenai pemuliharaan dan perlindungan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan, dan mengenai perkara-perkara yang bersampingan dengannya atau yang berkaitan dengannya.


Kemudahan
Memberi Perlindungan kepada kanak-kanak dan orang muda yang memerlikan jagaan dan perlindungan serta yang telah dianiaya.
Takrifan Kanak-kanak
Mereka yang berusia kurang dari 18 tahun.
Takrifan Penganiayaan
Akta Kanak-kanak dan Orang Muda 1947 (Akta 232) Seksyen 3:
Kanak-kanak atau orang muda yang telah dipukul, diseksa, diabaikan, didedah kepada bahaya; atau disuruh melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan ia dipukul, diseksa, diabaikan atau didedah secara langsung atau tidak langsung yang akan mengakibatkan kecederaan atau penderitaan kepada kesihatannya.
(Termasuk yang menyebabkan hilang penglihatan dan/atau pendengaran, kecederaan anggota tubuh badan dan kecederaan otak).
Hukuman
Bagi kesalahan mengikut takrifan a. di atas hukumannya ialah denda tidak melebihi RM10,000.00 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya. Seksyen 26 Akta 468.
Bagi kesalahan mengikut takrifan b. di atas hukumannya ialah denda tidak melebihi RM5,000.00 atau penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya. Seksyen 28 Akta 468.
Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat
Menyiasat aduan yang diterima.
Merujuk kepada Pegawai Perubatan untuk mengesahkan samada penganiyaan telah berlaku atau tidak.
Melaporkan kepada polis jika kes yang berkenaan perlu dibawa ke hadapan mahkamah.
Mengadakan kaunseling kepada pihak yang terlibat supaya perkara itu tidak berlaku lagi.
Sebagai ikhtiar terakhir, menempatkan kanak-kanak dengan penjaga yang sesuai atau dimasukkan ke dalam Rumah Kanak-kanak

 

AKTA PENGANGKATAN 1952 (AKTA 257)

Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan pengangkatan anak.
Kemudahan
Memberi peluang kepada orang-orang yang bukan Islam mengambil anak angkat dengan cara yang sah melalui mahkamah. Seorang kanak-kanak yang diambil dengan cara ini, diberi taraf sama dengan anak kandung ibubapa dan anak angkat itu boleh menuntut harta pusaka dan lain-lain kemudahan seperti seorang anak kandung.
Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat
Mendaftar dan menyiasat permohonan.
Menjalankan penyeliaan terhadap ibubapa angkat selama 3 bulan sebagai "Guardian ad Item".
Menyediakan laporan untuk membantu mahkamah membuat keputusan.

 

AKTA PENDAFTARAN PENGANGKATAN 1952 (AKTA 253)


Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan mengenai pendaftaran pengangkatan.

Akta ini memudahkan orang-orang berugama Islam atau bukan berugama Islam mendaftarkan pengangkatan anak angkat mereka tetapi pengangkatan ini tidak memberi sama taraf seperti anak kandung khasnya mengenai mewarisi harta ibubapa angkat.

 

AKTA MAHKAMAH JUVANA 1947 (AKTA 90)


Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan mengenai jagaan dan perlindungan kanak-kanak dan orang muda dan perlaksanaa Mahkamah Juvana.
Kemudahan
Akta ini menentukan hukuman kepada kanak-kanak, juvana dan orang muda yang didapati bersalah di bawah undang-undang.
Memberi peluang bagi mereka mendapatkan jagaan dan perlindungan.
Memberi peluang bagi mereka yang telah didapati bersalah, mengikuti rancangan pemulihan di Asrama Akhlak atau Sekolah Akhlak.
Memberi kesedaran kepada ibubapa atau penjaga dan menentukan penyertaan mereka di dalam rancangan pemulihan anak-anak mereka yang berkenaan.
Takrifan Kanak-kanak
Seorang yang telah meningkat usia 10 tahun dan berada di bawah usia 18 tahun.
Hukuman Yang Boleh Dibuat Oleh Mahkamah Juvana Di Bawah Sek. 12(1)
Buang Kes
Membebaskan juvana selepas beliau menandatangani bon untuk berkelakuan baik.
Menempatkan juvana di bawah jagaan saudara atau penjaga yang sesuai.
Memerintahkan ibubapa juvana menandatangani bon untuk menentukan jagaan dan didikan yang baik terhadapnya.
Mengeluarkan "Probation Order" yang meletakkan juvana di bawah penyeliaan Pegawai Akhlak di antara satu hingga tiga tahun. Perintah ini membebaskan juvana dengan syarat beliau akan didakwa semula di Mahkamah Juvana atas tuduhan lama dan baru jika beliau ditangkap melakukan kesalahan di bawah undang-undang selepas perintah tersebut dikeluarkan. Selain daripada itu perintah ini boleh menentukan kemasukan juvana ke dalam Sekolah Akhlak, yang mana tempoh masanya dan tidak melebihi tiga tahun; atau kemasukan ke dalam asrama akhlak selama setahun. Ibubapa atau penjaga boleh dihukum untuk membayar nafkah anak mereka semasa di dalam institusi yang berkenaan.
Memerintah juvana dimasukkan ke dalam Sekolah Henry Gurney.
Memerintahkan juvana membayar denda, ganti rugi atau kos.
Sekiranya pesalah itu seorang muda dan kesalahannya sesuai bagi beliau dipenjarakan, maka mahkamah Juvana boleh menjatuhkan hukuman setaraf dengan hukuman yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Sessions, ataupun dipindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.
Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat
Menjalankan tugasdan tanggungjawab sebagai Pegawai Akhlak.
Menyiasat dan menyediakan Laporan Akhlak untuk mahkamah dan menghadiri mahkamah.
Menyelia juvana yang telah diletak di bawah Perintah Akhlak yang telah dibebaskan di bawah lesen dan yang ditempatkan untuk seliaan lanjutan.
Menjadi sahabat dan penasihat kepada juvana di bawah jagaannya.
Menggalakkan ahli-ahli keluarga dan masyarakat memberi kerjasama untuk menentukan kejayaan terhadap pemulihan juvana.

 

AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 (AKTA 308)


Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan Taman-taman Asuhan Kanak-kanak dan bagi maksud-maksud yang berkaitan dengannya.
Kemudahan
Akta ini memberi perlindungan kepada kanak-kanak yang berusia di bawah 4 tahun yang memerlukan perkhidmatan taman asuhan kanak-kanak (TASKA) semasa ibubapa mereka di tempat kerja.
Mewajibkan pendaftaran TASKA yang mempunyai lebih daripada 10 orang kanak-kanak dibawah usia 4 tahun.
Menentukan kesihatan, keselamatan dan pendidikan kanak-kanak.
Hukuman Ke Atas TASKA Yang Tidak Berdaftar
Mereka yang didapati bersalah boleh dihukum denda tidak melebihi RM 1,000. Bagi kesalahan kali yang kedua atau kali yang kemudiannya, boleh didenda tidak melebihi RM2000.00.
Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat
Menerima permohonan dan menjalankan penyiasatan.
Mendapatkan kerjasama Pejabat Kesihatan, Pejabat Bomba dan Majlis Bandaran/Daerah untuk menjalankan penyiasatan ke atas TASKA bagi mendapatkan teguran/pandangan dan kelulusan.
Sebagai Pegawai Berkuasa, boleh dari masa ke semasa masuk dan memeriksa apa-apa premis yang digunakan bagi maksud -maksud taman asuhan kanak-kanak untuk tujuan menjamin bahawa :
"Kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak atau pekerja-pekerja dalamnya adalah memuaskan;
daftar, rekod, jadual waktu, menu, buku kira-kira adalah diselenggarakan dengan sempurna;
alat yang cukup dan sesuai diadakan di dalamnya;
struktur, kesihatan dan kebersihan diselengarakan;
pengawasan yang cukup diambil terhadap pencegahan kebakaran atau apa-apa bencana lain yang mungkin membahayakan nyawa atau kesihatan kanak-kanak yang diasuh dalamnya".

Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 (Akta 106)


Suatu Akta bagi meminda dan menyatukan undang-undang berhubung dengan perlindungan wanita dan gadis dan bagi mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang bersampingan dengannya.
Kemudahan
Akta ini memberi jagaan dan perlindungan serta peluang untuk menjalankan pemulihan kepada wanita dan gadis yang telah terdedah kepada bahaya moral, rosak akhlak atau menjadi mangsa pelacuran.
Memberi peluang kepada penjaga yang sah di sisi undangn-undang untuk membuat permohonan bagi menahan seseorang perempuan yang berusia di bawah 18 tahun di tempat perlindungan atas alasan tidak dapat menjalankan kawalan yang sepatutnya ke atasnya sewa terdedah kepada bahaya akhlak.
Memberi peluang kepada seseorang perempuan tanpa mengira peringkat umur mendapatkan perlindungan dengan segera.
Takrifan Wanita dan Gadis
Seorang perempuan berusia di bawah 21 tahun.
Perlaksanaan Undang-undang Mengikut Akta
Jika mahkamah Majistret berpuashati bahawa orang perempuan itu memerlukan perlindungan mengikut Akta maka Mahkamah boleh:-
Memerintahkan supaya orang perempuan berkenaan ditahan di tempat perlindungan selama suatu tempoh tiga tahun dari tarikh ia ditahan untuk siasatan.
Membuat suatu perintah, supaya perempuan itu diletakkan selama suatu tempoh tidak lebih daripada tiga tahun dalam peliharaan seseorang sama ada seorang saudara atau tidak yang bersetuju dan difikirkan layak.
Membuat suatu perintah, menghendaki ibubapa atau penjaganya mengikut suatu bon selama sesuatu tempoh tertentu tidak lebih dari tiga tahun untuk menjalankan pemeliharaan atau penjagaan yang sepatutnya.
Membuat suatu perintah meletakkan orang perempuan itu selama suatu tempoh tertentu tidak lebih daripada tiga tahun di bawah pengawasan sseorang Pegawai Kebajikan Masyarakat.
Hukuman Bagi Orang Didapati Bersalah Mempergunakan Wanita dan Gadis Untuk Maksud Pelacuran Dan Sebagainya
Seseorang yang didapati bersalah mempergunakan wanita dan gadis untuk masuk pelacuran dan sebagainya boleh dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau denda tidak lebih daripada sepulu ribu ringgit atau penjara dan denda kedua-duanya.
Seseorang lelaki yang disabitkan atas kesalahan kali kedua atau akli kemudian, boleh dikenakan hukum sebab selain daripada sesuatu tempoh penjara yang dikenakan.
Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat
Menerima dan menyiasat aduan.
Mengemukakan kes-kes Mahkamah untuk mendapatkan waran tahanan sementara bagi urusan penyediaan laporan siasatan gadis itu memrlikan perlindungan.
Menyiasat dan menyediakan laporan sosial dan enquiri untuk mahkamah.
Sebagai Pelindung Wanita dan Gadis, menjalankan penyiasatan dan berfungsi sebagai Majistret Kelas Pertama untuk mengambil keterangan terhadap penyelesaian kes.
Menyiasat dan menyediakan laporan kemajuan atau pembebasan dan laporan sosial terhadap penghuni institusi dan keluarga mereka.
Mengeratkan perhubungan di antara wanita dan gadis yang sedang menjalankan pemulihan di tempat perlindungan dengan ahli-ahli keluarganya dengan tujuan penyesuaian beliau dengan keluarga dan masyarakat amnya setelah dibebaskan kelak.
Melawat, menyelia dan memberi kaunseling kepada wanita dan gadis di bawah:-
Seliaan
Seliaan Lanjutan
Mengiringi wanita dan gadis dalam jagaan perlindungan dan pemulihan.
Mendapatkan pekerjaan untuk wanita dan gadis agar mereka boleh berdikari dan mengulangi kelakuan lama.

Akta Keganasan Rumah Tangga (Akta 521)


Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi perlindungan undang-undang dalam situasi keganasan rumahtangga dan perkara-perkara yang bersampingan dengannya.
Pengertian Keganasan Rumahtangga
"keganasan rumah tangga" ertinya pelakuan mana-mana perbuatan yang berikut:
secara bersengaja atau dengan disedarinya meletakkan, atau cuba meletakkan, mangsa itu dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal;
menyebabkan kecederaan fizikal ke, pada mangsa itu dengan sesuatu perbuatan yang diketahui atau yang sepatutnya diketahui akan mengakibatkan kecederaan fizikal;
memaksa mangsa itu dengan paksaan atau ancaman untuk melakukan apa-apa kelakuan atau perbuatan, berbentuk seksual atau pun selainnya, yang mangsa itu berhak tidak melakukan;
mengurung atau.menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa itu; atau
melakukan khianat atau kemusnahan atau kerosakan kepada ha-r-ta dengan niat untuk menyebabkan atau dengan disedari bahawa ia berkemungkinan menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa itu.

Oleh seseorang terhadap -

isteri atau suaminya;
bekas isteri atau suarninya;
kanak-kanak;
orang dewasa tak berkeupayaan; atau
mana-mana anggota lain keluarga,
Mahkamah boleh, dalam prosiding yang melibatkan sesuatu aduan keganasan rumah tangga, mengeluarkan mana-mana satu atau lebih perintah perlindungan yang berikut:
perintah perlindungan yang menghalang orang yang terhadapnya perintah itu dibuat daripada menggunakan keganasan rumah tangga terhadap pengadu itu;
perintah perlindungan yang menghalang orang yang terhadapnea perintah itu dibuat daripada menggunakan keganasan rumah tangga terhadap kanak-kanak itu;
perintah perlindungan yang menghalang orang yang terhadapnya perintah itu dibuat daripada menggunakan keganasan rumah tangga terhadap orang dewasa tak berkeupayaan itu.

Akta Orang-orang Papa 1977 (Akta 183)


Suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi menjaga dan memulihkan orang-orang papa dan bagi mengawal kuturayau.
Kemudahan
Akta ini memberi peluang kepada orang papa untuk mendapatkan jagaan dan perlindungan serta pemulihan di pusat pemulihan seperti di Desa Binadiri atau di Rumah Seri Kenangan.
Takrifan Mengemis
"Apa-apa kelakuan yang dikira akan mendorong pemberian sedekah, sama ada atau tidak ada perbuatan pura-pura menyanyi bermain, berlakon, menawarkan sesuatu untuk jualan atau selainnya". Sec.2.
Takrifan Orang Papa
"Seseorang yang didapati mengemis di sesuatu tempat awam dengan sebegitu cara hingga menyebabkan atau mungkin menyebabkan kegusaran kepada orang-orang yang lazim mengunjungi tempat itu atau pun hingga mengadakan kacau ganggu.
Seseorang peleser yang dijumpai di sesuatu tempat awam, sama ada atau tidak ia mengemis, yang tidak mempunyai mata pencarian pada zahirnya atau tempat tinggal atau yang tidak dapat menyatakan hal dirinya dengan memuaskan". Sec. 2.
Tindakan Mengikut Akta
Sesiapa sahaja boleh merujukkan seorang papa kepada Pegawai Kebajikan untuk tindakan yang tertentu.
Sekiranya Pegawai Kebajikan Masyarakat itu mempercayai orang itu adalah seorang papa, maka beliau boleh memohon perintah mahkamah bagi ia dimasukkan ke dalam institusi untuk sementara waktu, iaitu tidak melebihi 30 hari atau sebulan, di samping menjalankan penyiasatan.
Selepas siasatan diadakan mahkamah boleh memerintahkan kemasukkan orang itu ke Desa Binadiri untuk menjalankan pemulihan. Tindakan ini tidak boleh digunakan bagi mereka yang berusia di bawah 18 tahun.
Keluaran Orang Papa Daripada Institusi
Seseorang papa yang berada di Institusi boleh dibebaskan jika Penguasa Institusi berkenaan berpuashati bahawa orang papa itu telah mendapat pekerjaan yang sesuai untuk menyelenggara dirinya, atau;
Dibebaskan kepada jagaan seseorang yang bersetuju dan berkeupayaan menjaga dan menanggungnya dengan wajar.
Peranan Pegawai Kebajikan Masyarakat
Mengadakan operasi serbuan pengemis dengan anggota polis, yang mana pihak polis akan menangkap orang-orang papa dan serahkan kepada pihak kebajikan.
Mendapatkan perintah mahkamah tahansentara untuk membolehkan penyiasatan dijalankan dalam tempoh masa sebulan.
Selepas dibawa semula ke hadapan mahkamah dan diperintahkan tinggal di dalam institusi, Pegawai Kebajikan Masyarakat akan mengiringi orang itu masuk ke institusi yang berkenaan iaitu Desa Binadiri Mersing, tau ke Rumah Seri Kenangan bagi mereka yang tua.
Semasa di dalam institusi, Pegawai Kebajikan Masyarakat akan mengeratkan perhubungan orang itu dengan ahli-ahli keluarganya atau saudara maranya, jika ada, supaya senang menyesuaikan diri di dalam masyarakat selepas beliau dibebaskan kelak.
Mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan pekerjaan untuk orang itu.

Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506)


Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendaftaran, pengawalan, dan pemeriksaan Pusat-pusat Jagaan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.